Sunday, 25 September 2016
Kandang Kambing
Ni pelan kandang yang dh dilakar oleh WR dan telah diberi kepada wak yg akan mendirikan kandang kambing. Kecik je kandang kambing ni sbgai permulaan dlm ceburi bidang peternakan dengan budget yg terhad, ni je la mampu setelah bincang antara adik-beradik dan org tua. Ini kira bisnes family la.
ha.. ni tapak lama rumah family aku dulu dh btahun lamenya dari terbiar berhantu baik isi dengan kambing ade jgak hasil. Ni tanah pak long aku punye so sebelum buat minta izin la dulu kan tkot-tkot x direstui haha. so buat masa ni baru siap frame je. dijangka siap bulan depan.
Panduan Perumahan
Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di
Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas
terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.
Kedudukan
rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
- Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
- Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
Apabila
membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan
kesejahteraan kambing-kambing adalah:
- Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
- Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
- Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
- Tidak terkena angin yang kencang
- Terpelihara dari hujan dan panas
- Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
- Ruang makan dan minum mencukupi
- Lantai adalah sesuai & tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh / patah tulang.
RINGKASAN
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor
suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah
penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan
buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah
kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah
bertepatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)