Tuesday, 8 November 2016

Kambing Betina Jamna

lepas dari beli kambing pertama.. pastu dok pening plak tgk pejantan hari2 dok jeling2 mintak pasangan nk kawen katanye.. cari punye cari jupe la sahabat ternak dari port dickson nk jual 4 betina jamna, tujuan dia nk jual sbb nk masuk lembu katanye.. lepas cerita punye cerita beli jgak akhirnye utk permintaan si jantan.. 


ni dia induk yg pertama berumur setahun lebih tp masa beli owner lama kata dia dh pon bunting lebih kurang bulan 12 ni beranak la ia.. 


ni induk yg ke-2 yang paling jinak sekali la.



ni plak dua beradik ibu dia yg kaler putih kt ats tu.. betina jgak umur dlm lingkungan 5 bulan.. salah seekor mcm ade kulit lebih bentuk tgk mcm loceng pon ade, xtau la ape bendanye..



hope mereka berempat ni blh la jadi induk yang produktif.. tp buat masa ni seekor tu la yg blh di kawen kn dengan si jantan.. tp tgk mcm xmau je bak kata otai2 la klu xmau tandanye dh bunting tp xtau la tgk je la cmner..

Kambing Warung Ruminan

haaa kali nk citer pasal kambing plak yang ada dalam kandang.. Pada permulaan kami bawak masuk sepasang je dulu, katanye nk blaja kenali kambing xberani nk bawak masuk byk2 dismping kekurangan bajet. Kmbing jantan saanen dan kambing betina cross saanen campur dengan dua anak teruna.. Kambing ni kami beli dari wak mali di sijangkang..

ni la dia pejantan di kandang kami baka saanen umur lebih kurang 2 tahun lebih.. dia ni kuat makan asyik makan je, tp mgembek suara halus haha..


ni plak induk cross saanen, waktu beli ade anak teruna so buat masa ni xbleh kawen lagi smpai la si anak cerai susu


haa ni plak anak teruna hasil dari penjantan kt atas.. satu bertanduk, satu lagi botak ikut bapak dia. tgk la nt  ikut size bapak ke mak dia.



Friday, 7 October 2016

PROBIOTIK EM-1 - Untuk Ternakan



Ni nk cerita pasal probiotik em-1 plak. PROBIOTIK EM-1 (effective Microorganisms) ni terdiri drpd 3 unsur utama iaitu phototropik, asid laktik dan ragi(yis). Kira kata senang bakteria baik la macam air yakult tu tp  ni sesuai utk ternakan dgn tanaman. klu org minum xtau la jadi ape haha.. so kegunaan dlm bidang ternakan utk kurangkn strees pada ternakan, kurangkn bau kt kandang, kurangkn lalat dan serangga.

Yang dalam botol hitam tu org panggil molases atau gula merah & yg kaler coklat tu la EM-.kalau kt pasaran blh dpt dlm RM30 1 set setiap 1 liter, ade jgak yg jual smpai RM50. so pandai2 la  survey bler nk beli. Yang dlm gambar tu aku beli 10 liter satu botol..

So cara gunanye :-

bahan-bahan

  • 1 liter EM-1
  • 1 liter molases
  • 10 liter air tanpa klorin
  • of course la kena ade bekas kedap udara.

pastu campur kan je la sume ramuan tu masuk dlm bekas kedap udara, pastu peram la seminggu. lepas seminggu blh guna masukn dalam air minuman ternakan dengan kadar nisbah 1:10...

Sunday, 25 September 2016

Kandang Kambing


Ni pelan kandang yang dh dilakar oleh WR dan telah diberi kepada wak yg akan mendirikan kandang kambing. Kecik je kandang kambing ni sbgai permulaan dlm ceburi bidang peternakan dengan budget yg terhad, ni je la mampu setelah bincang antara adik-beradik dan org tua. Ini kira bisnes family la.



ha.. ni tapak lama rumah family aku dulu dh btahun lamenya dari terbiar berhantu baik isi dengan kambing ade jgak hasil. Ni tanah pak long aku punye so sebelum buat minta izin la dulu kan tkot-tkot x direstui haha. so buat masa ni baru siap frame je. dijangka siap bulan depan.

Panduan Perumahan


Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
  • Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut   /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan    kandang jika boleh.
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:
  • Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
  • Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  • Tidak terkena angin yang kencang
  • Terpelihara dari hujan dan panas
  • Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  • Ruang makan dan minum mencukupi
  • Lantai adalah sesuai & tidak membahayakan ternakan, seperti  terseliuh / patah tulang.

RINGKASAN
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.